Searching...
Selasa, 7 Mac 2017
12:07 PTG

Rayuan BR1M Bagi Mereka Yang Ditolak Atas Alasan SSM

Ramai yang mengadu tentang alasan tidak terima BR1M iaitu Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan (SSM). Adakah ini policy baru yang ditetapkan oleh kerajaan atau hanya helas untuk mengurangkan penerima BR1M. Tapi semua alasan yang diberikan tetap di beri ruang untuk rayuan bermula dari tarikh 03 April 2017 hingga 31 Mei 2017.


Kalau anda yang berul-betul perlukan BR1M tapi ditolak kerana alasan dinyatakan tadi korang boleh buat tindakan rayuan seperti  berikut :

1) Anda perlu pergi ker SSM dan dapatkan pengesahan dari pihak SSM.
2) Sediakan segala maklumat perniagaan anda iaitu seperti hasil jualan, In Out Transaction. (Sekiranya ada akaun Perniagaan / current account lagi mudah)
3) Jika semua document telah diperolehi dapatkan pengesahan di SSM. Kemudian pergi ker LHDN untuk update berkaitan maklumat pendapatan anda untuk penerimaan BR1M.

Bagi permohonan rayuan BR1M anda boleh buat melalui secara dalam talian https://ebr1m.hasil.gov.my. Moga kerajaan lebih buka mata dalam memudahkan proses BR1M ini bukan membebankan rakyat. Apabila kita menyusahkan orang nanti Tuhan akan susahkan balik urusan kita. 






0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!