Premis nasi ayam claypot di Sri Petaling yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu disahkan tidak memiliki sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Jakim menerusi kenyataan di Facebook berkata, pengguna Muslim dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.
Menurutnya, pastikan premis yang dipilih merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah daripada Pihak Berkuasa Berwibawa Pensijilan Halal Malaysia.
Namun pemilik restoran Ahmad Muzakin menafikan bahawa beliau menggunakan bahan telarang dalam masakannya. Menurut beliau selaku orang Islam beliau tahu mana yang halal dan tidak serta memastikan bahan yang digunakan adalah dari sumber yang sah.
0 comments:
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.