Searching...
Jumaat, 15 September 2017
5:38 PTG

Misteri Tong Gas Kuning Menguatkan Spekulasi Tidak Nyata

Al-Fatihah kepada kesemua mangsa korban kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Keramat Kuala Lumpur baru-baru ini. Seluruh rakyat Malaysia bagaikan disentap dengan situasi kehilangan ahli syurga yang sangat-sangat diperlukan dalam zaman dunia serba moden ini. Namun semua ini kerja Tuhan yang menentukan hidup mati setiap insan.

Kita yang masih hidup harus mendoakan dan menyedekahkan bacaan Al-Fatihah atau Surah Yassin kepada roh-roh mereka supaya tenang menghadap Ilahi. Tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak dan juga menyatakan "Bangang" kepada orang lain kerana kita tiadak tahu situasi sebenar. 

Biar pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka menyiasat dan juga mencari punca bukan mencari salah sesiapa. Namun isu misteri tong gas kuning merancakkan lagi spekulasi tentang kes kebakaran ini. Banyak pihak mula menyatakan ia adalah konsporasi atau sabotaj kepada sesuatu organisasi.


Namun kita tak tahu hasil siasatan pihak Bomba dan Polis biar mereka yang buat tugas bukan tugas kita nak menghebahkan spekulasi yang tidak benar. Walaupun kita tahu melalui cerita yang diberi tahu harap tiada apa yang cuba disorokkan dalam kes ini. Pembelaan juga perlu kepada semua mangsa kerana mereka pergi tidak diduga. 

Apa pun sama-sama kita doakan terbaik untuk mereka dan keluarga. Moga Allah mencucuri rahmat keatas semua roh Syuhada yang pergi. Kita hidup kena teruskan hidup demi kelangsungan diri sendiri.





0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!