Searching...
Ahad, 17 September 2017
11:13 PTG

Jalan-Jalan Cari Makan Akan Diboikot Kerana Kelancangan Pengacaranya

Itu lah orang kata "Cakap Siang Pandang-Pandang" jangan nak ikut perasaan kerana kita orang ada pengaruh. Akibat dikemudian hari buruk padahnya walaupun niat kita baik tapi ia tidak menghalalkan cara kita iaitu dengan menghembur kata-kata maki. Yang kita maki pulak tu bukan calang-calang orang iaitu mereka yang jauh hebat agama dari dia yang entah mana agamanya.


Kata-kata ini dirujukan kepada pengacara program makan yang popular no 1 di Malaysia Jalan-Jalan Cari Makan iaitu Nazrudin Rahman. Baru-baru ini dia dilihat begitu lancang dan telalu terbuka di twitter dia menyatakan kata-kata kesat kepada pengetua pusat tahfiz yang terbakar baru-baru ini. Korang boleh tengok antara perkataan yang digunakan 'Bangsat!' terhadap orang yang level ustaz.

Adakah ini cara pengacara kita Malaysia meluahkan perasaan kepada orang. Tahu kita memang marah dan rasa semua ini tak masuk akal dan ada silapnya. Tapi kita Malaysia kaya dengan budi bahasa dan juga dikenali dengan orang yang berbahasa. Tapi apabila dia mengeluarkan kata-kata macam itu ia melambangkan diri dia sebenar dan bukan seperti mana yang korang tengok dalam tv itu hanya fake.


So lepas jer pihak berkuasa kata ia adalah kes khianat kepada pusat tahfiz tu terus keluar kenyataan nak mohon maaf dan nak tarik balik makin hamunnya. Tapi orang katalah nasi dah jadi bubur, atau kata-kata kesat telah di print screen tak boleh nak dipadamkan. Ia akan menjadi kesan kepada diri dia dan juga mungkin kepada program yang dia tengah acarakan sekarang ni.

Sekali lagi peringatan kita memang diberi peluang bersuara tanpa batas tapi bukan menggunakan kuasa sebagai artis nak hentam dan burukkan orang. Biar pihak berkuasa buat kerja dan mereka tahu tugas mereka. Setiap orang ada buat silap dan setiap orang tak boleh nak hukum orang lain itu kerja Yang Maha Esa. Tugas kita kena banyak berdoa untuk roh mereka yang pergi dan tidak mengeruhkan lagi keadaan. Takut lah tu!!.






0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!