Searching...
Jumaat, 15 September 2017
5:19 PTG

CIDB Dan SIRIM Nafi Beri Kelulusan Sijil Kepada Syarikat DBI Technology Sdn. Bhd.

Isu DBI Technology Sdn. Bhd. milik seorang bekas pelakon dan kini begelar datuk semakin hari semakin hangat diperkatakan di media. Namun mereka masih tetap tidak endah kepada segala tomahan dan juga tuduhan yang dilemparkan kepada syarikat mereka dan meneruskan promosi demi promosi. 


Terbaru apabila ada pihak mempertikaikan tentang penggunaan 2 logo syarikat yang sangat bepengaruh dalam iklan mereka. Benar dapat dilihat dalam laman Facebook dan juga posters yang mereka gunakan terpampar jelas logo SIRIM dan CIDB untuk meyakinkan pengguna di luar sana.


Namun pihak SIRIM telah mengeluarkan satu kenyataan melalui laman Facebook mereka bertarikh 13 September 2017 menafikan pihak mereka menjalin kerjasama dengan DBI Technology Sdn Bhd. Malah menafikan memberi sijil atau kebenaran kepada mereka menggunakan logo syarikat ini. Anda boleh baca sendiri keratan yang diambil dari laman facebook ini.


Juga pihak CIBD sebagai badan yang sangat kuat dalam membangun, mengawalselia, menguat kuasa dan melaksanakan lain-lain tugas berkaitan dengan industri pembinaan di Malaysia juga turut menafikan kerjasama mereka dengan pihak DBI Technology Sdn. Bhd. Melalui laman facebook rasmi mereka bertarikh 8 September 2017 menyatakan tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang kesan atau akibat atas penggunaan logo mereka.


Tahu ini adalah antara strategi marketing dan promosi sesetengah syarikat yang tidak bertanggungjawab dalam mengelirukan pengguna diluar sana demi meraih keuntungan. Tak nafikan syarikat ini mampu untuk membina dan merialisasikan impian miliki rumah dengan harga yang murah. Tapi kalau tiada kebenaran pihak mereka tidak boleh menggunakan logo pihak lain dalam mengelirukan pengguna.

Semoga ada tindakan diambil untuk clearkan semua ini agar tiada pihak yang menunding jari kepada pihak lain apabila sesuatu kes berlaku dikemudian hari. Keberkatan datang dalam kejujuran dan keikhlasan berniaga walaupun matlamat kita baik tapi tidak menghalalkan cara kita.





0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!