Searching...
Isnin, 30 Jun 2025
4:57 PTG

Gurauan 'Telur Masam' Membawa Padah Kedai Keida Crepe Diarah Tutup

Itulah pepatah dah berkata "Cakap siang pandang-pandang, Cakap malam dengar-dengar". Anggap gurauan 'Telur Masam' membawa padah kepada pengusaha Kieda Crepe. Terdahulu, Kieda mencetuskan reaksi pelbagai apabila berkongsi secara berseloroh bahawa jangkitan Herpes yang dialaminya berpunca daripada tahap kebersihan alat sulit suaminya, Hilmi Zaki.



Kenyataan tersebut mengundang kecaman hebat daripada netizen yang menganggap ia tidak sesuai dikongsi secara terbuka. Bagaimanapun, Hilmi kemudian tampil mempertahankan isterinya dengan menjelaskan bahawa kenyataan itu adalah sekadar gurauan dan kandungan semata-mata.

Susulan kontroversi tersebut, Kieda telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengikutnya pada hari Rabu, dan berharap agar semua pihak memberikan ruang untuknya memperbaiki kesilapan.

Menurut Kieda kontroversi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada reputasi peribadinya, malah turut menjejaskan perniagaan yang diusahakan bersama pasukannya. Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Kieda meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila perniagaannya kini terkesan walaupun dia sudah berusaha memperbaiki keadaan.



Premis perniagaan milik usahawan, Kieda Crepe ditutup selama satu hari untuk memberi laluan kepada proses sanitasi susulan terlibat dengan kontroversi penyakit kelamin iaitu Herpes yang dialaminya. Pihak KKM juga datang susulan menerima aduan untuk mendapatkan penjelasan tentang isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial itu malah Kieda juga dipanggil ke pejabat hari ini untuk memberi keterangan.

Harap ini menjadi pengajaran kepada influencer luar sana bahawa penyakit membawa padah bukan boleh buat gurauan.








0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!