Seorang lelaki Britain digertak dengan hukuman penjara lima tahun selepas menggelar makanan kebangsaan Kyrgyzstan sebagai zakar kuda yang dianggap menghina dan menghasut. Michael Mcfeat, 39, pelombong emas di Kyrgyzstan, ditahan kerana kata-katanya itu di Facebook pada malam ambang Tahun Baru, minggu lalu.
![]() |
Makanan Kebangsaan Masyarakat Kyrgyzstan |
Mcfeat memuat naik gambar rakan sekerjanya beratur mengambil ‘chuchuk’ iaitu sosej dibuat daripada daging dan usus kuda. “Mereka menanti makanan istimewa kegemaran mereka - zakar kuda,” katanya. Kata-katanya itu menimbulkan kemarahan rakan sekerja di lombong emas Kumtor sehingga mereka mogok keesokannya.
Sumber Harian Metro
0 comments:
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.