Searching...
Selasa, 19 Januari 2016
10:56 PG

Power Rangers Ditahan Membunuh

Seorang bekas pelakon siri televisyen Power Rangers ditahan dan dituduh membunuh bekas rakan serumahnya, tahun lalu. Ricardo Medina, 36, pernah ditahan dan dibebaskan daripada tuduhan itu pada Februari tahun lalu, sebelum dilepaskan selepas Pejabat Pendakwa Negeri Los Angeles gagal menemui bukti kukuh terhadapnya.


Sehubungan itu, semalam dia sekali lagi ditangkap serta didakwa melakukan kesalahan berkenaan.
Dia berdepan hukuman penjara 26 tahun jika didapati bersalah dan jaminannya ditetapkan AS$1 juta (RM4.4 juta). Medina yang memainkan watak Red Ranger dalam Power Rangers Wild Force pada 2002 mendakwa dia hanya mempertahankan diri ketika kejadian.

Medina pada mulanya dilaporkan bertengkar dengan rakannya Joshua Sutter di rumah mereka di Palmdale, California. Pejabat Syerif Los Angeles mendakwa Medina masuk ke bilik tidurnya dengan teman wanitanya dan menutup pintu, namun Sutter, 36, merempuh masuk bilik itu sebelum ditikam pelakon terbabit menggunakan pedang. Medina menghubungi pasukan kecemasan dan ditahan selepas itu. Sutter disahkan mati di hospital.







0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!