Searching...
Rabu, 27 Januari 2016
10:39 PTG

Berepa Banyakkah Botol Arak Yang Boleh Disembunyikan Dalam Seluar

Pihak berkuasa kastam Saudi kelmarin menahan seorang lelaki tempatan bersama beberapa botol arak yang disembunyikannya di dalam seluarnya. Lelaki itu yang identitinya tidak didedahkan ditahan ketika cuba memasuki semula Arab Saudi di tambak Raja Fahd yang menghubungkan negara itu dengan Bahrain. Dia diarah turun dari keretanya untuk menjalani pemeriksaan selepas pihak berkuasa mendapati dia berkelakuan mencurigakan.


Menurut laporan akhbar Sabq, kastam menemui 14 botol arak yang diikat pada tubuhnya di dalam seluar. Dalam kejadian lain, kastam Saudi merampas merampas hampir 70,000 botol arak yang disembunyikan di dalam kotak sabun. Rampasan itu dibuat selepas van yang mendakwa membawa sabun diperiksa ketika cuba memasuki negara itu menerusi pintu sempadan Al-Badaha dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). Arab Saudi mengharamkan sama sekali arak dan mereka yang didapati bersalah menyeludupnya boleh dikenakan hukuman penjara yang lama.



*Sumber Harian Metro




0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!