Tular ada pihak mendakwa terdapat pengunjung yang datang menziarahi perkuburan Nurly Shahirah mengambil tanah kubur untuk dibawa pulang, malah ada dakwaan yang mengatakan tanah kubur itu disapu pada muka anak mereka.
Ini semua memaksa waris kepada Allahyarham Nurly Shahirah Azman yang terkorban dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak, memasang penghadang bagi mengelakkan sebarang perbuatan khurafat yang dikhuatiri mencemarkan kesucian pusara.
Waris Allahyarham bergotong-royong memasang tali penghadang itu kira-kira jam 6.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang di sini pada Sabtu.
Pihak keluarga terpaksa mengambil tindakan memasang tali tersebut bagi mengelakkan perkara tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang mengunjungi kawasan berkenaan.
Menurutnya, sebelum ini mereka sudah meletakkan notis pemberitahuan mengenai keperluan menjaga adab ketika menziarahi kubur adiknya, antaranya larangan mengambil apa-apa dari kawasan perkuburan itu. Rondaan pada sebelah malam juga akan dilakukan untuk memantau keadaan kubur arwah.
Sebelum ini, ada pihak mendakwa dilaman sosial terdapat amalan kurafat yang dilakukan segelintir individu ketika datang menziarah kubur arwah Nurly.
0 comments:
Catat Ulasan