Searching...
Ahad, 9 Oktober 2016
7:11 PTG

Nasi Lemak Anak Dara Yang Viral Kerana Kecantikannya

Telah viral di media sosial tentang Gerai Nasi Lemak Anak Dara yang diusahakan seorang gadis dari Kedah di Negeri Selangor.


Ramai yang memberi sokongan kepada Siti Hajjar Ahmad, 24, yang berasal dari Sungai Petani Kedah ini dan memuji usaha beliau untuk berniaga mencari duit tambahan sementara menunggu panggilan temuduga. Turut sama menyokong niat berniaga anak muda ini barisan artis tanah air seperti Zizan Razak.

Melalui kenyataan Siti Hajjar pada Ogos lalu, dia telah mendapat tawaran dan akan mula bekerja sebagai Cost & Design Engineer di Subang Jaya bermula September tahun ini. Perkara ini sememangnya sudah dijangka oleh netizen semenjak viralkan mengenai gerai nasi lemak anak dara ini.

Jika di Negeri Sembilan, Menteri Besarnya telah mengeluarkan kenyataan agar jangan dihalang rakyatnya yang mahu menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual nasi lemak ini. Bagaimanapun di Selangor, perniagaan menjual nasi lemak ini perlulah mendapat 'lesen' daripada pihak MBSA terlebih dahulu.

Meskipun begitu, jangan ada yang menyalahkan penguatkuasa MBSA. Mereka hanya sekadar menjalankan tugas sahaja. Salahkan netizen yang membuat viral isu ini mesti kalau tidak tak akan ada pihak yang ambil tindakan macam makcik yang berniaga kat area rumah saya tiada orang tahu dia meniaga tiada permit.





0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!