Searching...
Isnin, 29 Mei 2017
8:07 PTG

Periuk Meletop Dalam Program TV Live Membuat Netizen Meroyan

Baru-baru ini tersebar satu video yang menunjukkan tentang eksiden dimana periuk yang sedang dalam demonstrasi secara langsung meletop ketika memasak. Video ini dirakamkan oleh seorang penonton yang menonton rancangan tersebut secara langsung dirumah dan kini video rakaman itu telah tular di laman sosial.

Rancangan itu membuat demontrasi salah satu produk memasak beliau yang harga boleh tahan mahal. Tengah-tengah proses memasak itu tiba-tiba penutup periuk tu meletop dan tercampak semua bahan-bahan dalam periuk. Tidak dapat kepastian kecederaan yang dialami oleh chef jemputan dan dua pengacara program tersebut.


Banyak netizen mula melontarkan komen-komen yang kurang sihat kepada status video tersebut. Antaranya ada menyatakan bahawa program ini menjual produk jenama cap ayam tapi harga mahal. Juga ada yang menyatakan untuk nasihat keluarga tidak membeli produk daripada program tersebut.

Saya pun pernah beli product daripada program tersebut tapi tak adalah produk memasak. Cuma nasihat saya untuk pengguna berhati-hati dan juga buat servay dahulu tentang kualiti dan harga sebenar barang yang hendak dibeli. Agar kita tidak tertipu dan menjadi pengguna yang bijak. Jangan terpedaya dengan kata-kata dari juru jual mereka hanya nak lariskan prosuk sahaja.










0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!