Searching...
Khamis, 11 Februari 2016
7:14 PTG

Spiderman Tak Ada Job Jual Nasi Lemak

Selalu kita tengok hero2 ini berjuang mempertahan keselamatan negara dan juga menjaga keamanan sebuah negara. Tapi bukan itu tugas sebenar superhero zaman sekarang kerana tiada peperangan seperti mana yang kita tengok dalam movie. Kini superhero terpaksa cari kerja lain untuk terus hidup dan terus menyara keluarga. 


Superhero yang dimaksudkan adalah Spiderman Malaysia yang kini telah berubah profesion iaitu menjual nasi lemak. Superhero ini di Kota Bharu Kelantan menjual nasi lemak dengan mengenakan costume Spiderman yang dibeli secara online. Idea untuk menjadi superhero dengan menjual nasi lemak ini muncul selepas kecewa dengan pekerjaan beliau sebelum ini yang tidak membuahkan hasil.

Pemuda 29 tahun ini tekat untuk mengenakan pakaian superhero Spiderman ini untuk menarik perhatian ramai orang bagi melariskan nasi lemak yang dijualnya. Hanya RM2 sahaja sebungkus nasi lemak beliau berjaya dijual dalam jumlah 100 hingga 150 bungkus sehari. Nasi lemak Spiderman ini tidak pada satu lokasi sahaja malah beliau turut beraksi seluruh Kota Bharu.


Ia juga menarik perhatian kanak-kanak yang juga minat pada watak superhero ini. Meraka datang bukan sahaja untuk membeli nasi lemak malah untuk bergambar dengan superhero ini. Kisah ini telah menjadi viral di laman sosial dan juga blog. Sapa nak rasa Nasi Lemak Spiderman ini boleh ker sekitar Kota Bharu.






0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!