Searching...
Isnin, 12 Jun 2017
10:32 PTG

Petani Sanggup Bakar Buah Mangga Harum Manis Daripada Bersedekah

Hangat di akhbar Kosmo hari ini tajuk utama "Petani Perlis Bakar Harum Manis, Harga Jatuh Mendadak". Dik kerana tajuk itu menjadi viral terhadap buah yang bergitu popular satu masa dulu. Tahun 2015 dan 2016 buah Mangga Harum Manis ini begitu mendapat perhatian banyak pihak sehingga sanggup membeli secara dalam talian berkilo-kilo.

Namun berlainan pula kisahnya tahun ini apabila buah ini begitu tidak mendapat perhatian peminat sebelum ini. Adakah kerana ia jatuh pada bulan Ramadhan atau juga kerana penghasilan buah ini lebih daripada permintaan. Dalam akhbar itu menyatakan harga buah ini jatuh sehingga RM10 sekilo yang mana tahun sebelum ini ia boleh cecah sehingga RM40 - RM50 sekilo

Dalam keratan akhbar itu menyatakan hampir 1,500 orang petani yang mengusahankan tanaman buah ini mengalami kerugian. Tak tahulah pula berapa banyak kerugian yang ditanggung.


Ada satu gambar juga dalam akhbar itu menunjukan bahawa petani sedang membakar selonggok buah Harum Manis. Tapi tak tahu adakah petani itu membakar kerana buah itu buruk atau rosak kerana tidak nampak hanya nampak buah yang hangus sahaja.

 
Namun banyak pihak dan juga netizen mengutuk tindakan petani yang sanggup membakar buah tersebut daripada memberi sedekah kepada pihak yang memerlukan. Tak salah pun kalau bagi pada badan-badan yang memerlukan makanan atau pihak pengusaha yang menjadikan buah tersebut sebagai jus minuman atau aiskrim.

Daripada dibakar begitu sahaja membazir. Adakah itu juga digolongkan sebagai pembaziran makanan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Bila tak laku jer terus bakar.

Apa pun hanya mereka yang mengalami sahaja tahu bagaimana keadaannya disana. Tapi tak baik bakar lebih baik guna cara yang betul dengan bersedekah tambah-tambah bulan yang mulia ini.





0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!