Searching...
Rabu, 31 Mei 2017
8:48 PTG

GoShop Menyatakan Kes Periuk Meletop Secara Live Adalah Kejadian Terpencil

Baru-baru ini kecoh tentang video demontrasi periuk yang meletop dalam program secara live di kaca TV. Rancangan yang dimaksudkan adalah Go Shop yang membuat penyiaran di Channel 118 Astro. Ramai netizen telah menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap program tersebut kerana banyak barang mereka adalah tidak berkualiti.
Namun pihak Go Shop telah membuat kenyataan media di laman Facebook rasmi mereka menyatakan bahawa kes periuk meletop ini adalah kejadian terpencil sahaja. Macam mana mereka anggap bahawa kes keselamatan produk adalah terpencil dan mengambil remeh pada semua parkara ini. 


Maksudnya mereka menjual produk juga dengan cara sambil lewa sehingga perkara ini boleh belaku dalam siaran secara langsung. Kalau perkara ini tidak berlaku maka tidak semua orang tahu tentang keselamatan menggunakan produk ini. Pihak mereka juga telah mengeluarkan satu video yang menerangkan cara sebenar untuk memasang produk yang meletop tersebut.


Namun pihak Go Shop juga telah mengeluarkan kenyataan menarik balik semua penjualan alat memasak Cuoco Volcanic Rock sementara didalam siaran TV mahupun secara online. Juga kepada pengguna yang telah membeli produk ini boleh menghubungi mereka untuk tindakan selanjutnya. Adakah ini menunjukkan bahawa produk ini tidak selamat untuk digunakan kerana isu tersebut.

Jadilah pengguna bijak jangan mudah terpedaya dengan kata-kata juru jual yang macam bersungguh-sungguh tapi hakikatnya barang tidak seindah yang dinyatakan. Jadi lebih baik beli secara terus daripada kedai dan kita tahu tentang kualiti produk tersebut.








0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!