Searching...
Rabu, 24 Februari 2016
2:16 PTG

Lepas Spiderman Kini Doraemon Pula Jual Nasi Arab

Gelagat Doraemon dilihat menjual nasi arab di Kubang Kerian, di sini, berjaya menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan berkenaan sehingga berlaku kesesakan jalan raya.


Ini berikutan, rata-rata mereka yang mahu mengambil peluang bergambar dengan watak kartun popular Jepun itu apatah lagi ketika menjual nasi arab sambil menari dan menyanyi. Bagaimanapun, itu hanyalah kostum Doraemon dipakai pekerja Restoran Al Edrus, Zamzurina Zulkifli, 31, yang secara sukarela mahu menjiwai watak kartun itu dalam usaha melariskan jualan restoran.

Selain membantu majikan, Zamzurina berkata, watak kartun itu juga adalah kegemarannya dan tidak kisah sekiranya dikutuk orang ramai. “Saya sendiri seorang yang ceria selain suka buat lawak dan menyanyi. Saya tidak kisah dengan segala kutukan yang mengatakan saya gemuk dengan kostum ini atau apa saja, apa yang penting saya mencari rezeki yang halal.



*Sumber Harian Metro







0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!