Searching...
Jumaat, 8 Januari 2016
12:21 PTG

Kambing Atas Bumbung Bas Sejauh 13km

Sekumpulan gembala mempunyai cari unik dan mungkin sukar dipercayai untuk membawa kambing mereka dari satu tempat ke tempat lain - dengan mencampak haiwan itu ke atas bumbung bas. Rakaman menunjukkan perbuatan itu di Stesen Bas Bimbila, Ghana, dengan seorang lelaki berdiri di atas pelantar di sebelah sebuah bas.


Seekor demi seekor kambing diserahkan kepada gembala itu yang memegang haiwan itu dengan mudah pada keempat-empat kakinya sebelum menerbalikkan dan mencampakkan haiwan berkenaan kepada seorang lagi gembala yang berada di atas bas. Kambing yang dicampakkan kemudian didirikan di atas bas dan diikat tanpa nampak terkejut atau cedera.

Seorang gembala kambing berkata, ada antara haiwan itu untuk dijual bererti pemiliknya mahu memastikan keadaannya baik supaya tidak menjejaskan harganya. “Namun satu lagi cabaran untuk kambing ini adalah angin kuat ketika di atas bas yang bergerak pada kadar 80 kilometer sejam atau lebih. “Perjalanan mengambil masa 13 jam di atas jalan raya yang tidak elok,” katanya. - Agensi



Sumber Harian Metro







0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!